

Assalamulaikum......sejak dah ada FB aku amat jarang sekali menjenguk ke sini. Sehinggakan beberapa kali aku sendiri gagal menjejaki Blog sendiri....MasyaAllah....Memang sentiasa sibuk dari awal tahun....Aku rumuskan sahaja secara ringkas program2 yg telah berjalan dgn lancar....
Sejak dari Januari 2010 beberapa program telah aku n krew2 kat sekolah berjaya lakukan....
Antaranya sebagai AJK Badan Kebajkan Guru dan Staf sekolah telah berjaya mengadakan Hari Kantin pada akhir bulan April. Hasil jualan kami gunakan untuk beberapa lagi program yang akan dijalankan iaitu Hari Guru, Hari Keluarga di Cherengin Convention Hill & Spa Resort dan akhir sekali Majlis makan Malam yang telah diadakan pada 15 November yang lalu...
Amat seronok sekali apabila semua perancangan menjadi kenyataan......dan yg paling seronok sekali bila berjaya mengandalaikan Hari keluarga di Janda Baik Pahang atas kerjasama Biro Lawatan Pn. Rusnah dan Ustaz Hakimi....Sejuk, nyaman dan damai.....bagi orang lain, saya tak tahulah pendapat mereka...Apa2 hal pun kita kena bersyukur sebab bukan senang nak uruskan kumpulan yang teramai ini.
Selain daripada aktiviti BKG sekolahku program kaunseling juga berjalan dengan lancar. Bermula dengan Program Orientasi Tahun 4 diikuti dengan Perjumpaan bersama Ibubapa Tahun 6. Program Motivasi th 6 bersama En Asri Kaunselor dari SMK bandar Seri Jempol.
Aku juga telah berjaya menjemput bekas anak muridku semasa aku mengajar di SK Pasir Besar, Gemas untuk memberikan suntikan semangat kepada murid th 6 sekolah ini. Mohd Nabil adalah bekas muridku yang telah berjaya melanjutkan pelajarannya di MCKK dan beroleh 9A di dalam SPM 2009 yang lalu...
Program Curahan Kasih juga telah berjaya membuktikan bahawa ibubapa perlu menyediakan ruang buat anak2 mereka terutama di dalam memberikan perhatian dan sudah tentunya kasih dan sayang.
Banyak lagi program yang telah dijalankan dan yang paling akhir sekali baru2 ini ialah Cermah Kemasukan ke sekolah menengah.....
Semoga apa yang aku telah sumbangkan kepada murid-muridku telah banyak memberi manfaat kepada mereka dan semoga mereka menjadi insan yang seimbang di dunia dan akhirat...InsyaAllah.....





Tiada ulasan:
Catat Ulasan