Me, my family and my day

Me, my family and my day

ASSALAMULAIKUM

Photobucket
Voting


orkuters.com - Orkut Image Scraps!


orkuters.com - Orkut Image Scraps!
kenapa perasaan bersalah menggelumit diri? tidak salah untuk berasa bersalah. tetapi tidak salah juga untuk merasakan apa yang dirasai. saya rasa tidak adil. kerana saya rasa tidak diperlukan. kerana terdapat sesuatu ketika, saya amat diperlukan, dan sekelip mata, saya tidak diperlukan. mungkin si dia merasakan tidak mahu membebankan saya. mungkin. tetapi, apabila kita sudah jelaskan betapa akurnya kita terhadap cinta yang ditawarkan, terhadap kasih yang akan diberi, terhadap perhatian yang tidak akan berbelah bahagi, apabila disisihkan begitu sahaja, perasaan kecewa melemaskan fikiran. saya ingin merajuk. hati ini sudah berkali kali berkecai ke lantai, tetapi saya kutip, cantumkan dan tidak jemu menyayangi. adakah saya tidak diperlukan lagi? hanya si dia yang mampu memberi jawapan. tetapi si dia tidak nampak semua ini. baginya, ini tidak penting. saya kecil hati. perlukah saya memaklumkan bahawa saya merajuk, bahawa saya kecil hati? atau seorang diri, di malam yang sepi, saya biarkan perasaan ini memakan hati. kemudian. apabila hati kuat kembali. tunduklah tubuh mengutip serpihan hati yang berkecai. dicantumkan. dan kembali menyayangi. when you love someone, its not fair to be mad at that person for not showing that they care, because falling in love is your own responsibility, something you should know to take account of, nothing you should burden the one you love endlessly. Labels: bicara sang penglipulara


orkuters.com - Orkut Image Scraps!
Insya Allah Album : Munsyid : Maher Zain http://liriknasyid.com Everytime you feel like you cannot go on You feel so lost That your so alone All you is see is night And darkness all around You feel so helpless You can`t see which way to go Don`t despair and never loose hope Cause Allah is always by your side Insya Allah3x Insya Allah you`ll find your way Everytime you can make one more mistake You feel you can`t repent And that its way too late Your`re so confused,wrong decisions you have made Haunt your mind and your heart is full of shame Don`t despair and never loose hope Cause Allah is always by your side Insya Allah3x Insya Allah you`ll find your way Insya Allah3x Insya Allah you`ll find your way Turn to Allah He`s never far away Put your trust in Him Raise your hands and pray OOO Ya Allah Guide my steps don`t let me go astray You`re the only one that showed me the way, Showed me the way 2x Insya Allah3x Insya Allah we`ll find the way

21 November, 2010

Berat mata memandang........



Ahad.... Aku berada di rumah adik iparku ...Hazura di Pantai Hill Park Kerinchi. Cuti sekolah pulak tu. Jadi aku mengambil kesempatan ini untuk aktif semula ber'blog'.

Sejak semalam aku dan keluarga berada di sini melawat bapa mertuaku yang mengidap penyakit kanser hati. Keadaannya sama seperti sebelumnya. Cuma badannya yang agak susut. Hanya perutnya yang membesar. Kudapati beliau seorang yang mempunyai semangat yang tinggi di dalam bertarung untuk melawan penyakit yang dihidapinya. Dia masih mempunyai keinginan untuk makan, tapi cuma berdaya menjamah sedikit makanan sahaja.

Bagi diriku ini tau-tau sajelah....penakut yang amat.....bukannya apa, kadang-kadang kalau terlalu 'emphathy' beginilah jadinya. Aku tak tergamak memandangnya untuk melalui hari-hari seterusnya di dalam kehidupannya.

Pagi tadi, semasa sedang bersarapan pagi dia memanggil ibu mertuaku ( ibu mertua tak boleh hilang walau seminit dari sisinya). Mengadu yang beliau sesak nafas. Akhirnya bapa mertuaku dikejarkan ke PPUM. Di dalam ambulan yang menemaninya ialah ibu mertuaku dan birasku..Zali. Zali merupakan orang yang begitu 'alert' terhadap dirinya. Walaupun dia hanya seorang menantu dalam keluarga itu. Sikapnya perlu dicontohi oleh menantu-menantu lelaki yang di luar sana tu..huhu...

Aku senantiasa berharap dan berdoa agar bapa mertuaku dipermudahkan segala urusannya dan dijauhkan daripada segala kesengsaraan yang berterusan kerana berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Kepada yang sihat, teruskan berdoa dan membaca ayat-ayat suci Al- Quran buatnya. Bagiku doa anak-anak dan keluarga akan banyak membantu bagi memudahkan segala urusannya. InsyaAllah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan