AYAM MASAK KICAP (ALA-ALA JAWA)
Sesuai untuk yang menjaga kesihatan sbb resipi ni tak guna garam.
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam potong 6 (kalau jumlah ahli keluarga 6 orang)- Suruh Sahar potong.
1 sudu ketumbar
1/2 sudu jintan manis
1 inci halia (boleh guna pembaris untuk ukur)
1 batang serai (kok tak do kek umah mintak kat jiran sebolah he..he..he..he..)
3 biji bawang putih
1 biji bawang besar (hiris bulat-bulat)
bunga lawang
kayu manis
1 biji tomato belah 4
daun sup hiris halus
kicap
sos cili
minyak
Cara:
Bersihkan ayam, gaul kunyit dan goreng.
ketumbar, jintan, halia, serai dan bawang putih dikisar hingga halus.
Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan-bahan yang dikisar hingga menaikkan bulu roma (eh..Hingga naik aroma.!)
Masukkan bawang besar, kicap dan sos cili. Gaul rata.
Selepas 5 minit masukkan tomato.
Akhir sekali masukkan ayam.
Taburkan daun sup. Siap untuk dihidang. Mudahkan?





Tiada ulasan:
Catat Ulasan