Me, my family and my day

Me, my family and my day

ASSALAMULAIKUM

Photobucket
Voting


orkuters.com - Orkut Image Scraps!


orkuters.com - Orkut Image Scraps!
kenapa perasaan bersalah menggelumit diri? tidak salah untuk berasa bersalah. tetapi tidak salah juga untuk merasakan apa yang dirasai. saya rasa tidak adil. kerana saya rasa tidak diperlukan. kerana terdapat sesuatu ketika, saya amat diperlukan, dan sekelip mata, saya tidak diperlukan. mungkin si dia merasakan tidak mahu membebankan saya. mungkin. tetapi, apabila kita sudah jelaskan betapa akurnya kita terhadap cinta yang ditawarkan, terhadap kasih yang akan diberi, terhadap perhatian yang tidak akan berbelah bahagi, apabila disisihkan begitu sahaja, perasaan kecewa melemaskan fikiran. saya ingin merajuk. hati ini sudah berkali kali berkecai ke lantai, tetapi saya kutip, cantumkan dan tidak jemu menyayangi. adakah saya tidak diperlukan lagi? hanya si dia yang mampu memberi jawapan. tetapi si dia tidak nampak semua ini. baginya, ini tidak penting. saya kecil hati. perlukah saya memaklumkan bahawa saya merajuk, bahawa saya kecil hati? atau seorang diri, di malam yang sepi, saya biarkan perasaan ini memakan hati. kemudian. apabila hati kuat kembali. tunduklah tubuh mengutip serpihan hati yang berkecai. dicantumkan. dan kembali menyayangi. when you love someone, its not fair to be mad at that person for not showing that they care, because falling in love is your own responsibility, something you should know to take account of, nothing you should burden the one you love endlessly. Labels: bicara sang penglipulara


orkuters.com - Orkut Image Scraps!
Insya Allah Album : Munsyid : Maher Zain http://liriknasyid.com Everytime you feel like you cannot go on You feel so lost That your so alone All you is see is night And darkness all around You feel so helpless You can`t see which way to go Don`t despair and never loose hope Cause Allah is always by your side Insya Allah3x Insya Allah you`ll find your way Everytime you can make one more mistake You feel you can`t repent And that its way too late Your`re so confused,wrong decisions you have made Haunt your mind and your heart is full of shame Don`t despair and never loose hope Cause Allah is always by your side Insya Allah3x Insya Allah you`ll find your way Insya Allah3x Insya Allah you`ll find your way Turn to Allah He`s never far away Put your trust in Him Raise your hands and pray OOO Ya Allah Guide my steps don`t let me go astray You`re the only one that showed me the way, Showed me the way 2x Insya Allah3x Insya Allah we`ll find the way

05 Ogos, 2009

LAWATAN DIRAJA

Pada 10 Jun 2009 yang lalu SKTMS telah mengalami suatu kejutan yang tidak pernah kami impikan. Ketika itu saya sedang berada di Bandar Diraja Pahang iaitu bandar Pekan untuk menghabiskan sisa-sisa cuti sekolah bersama keluarga. Saya dihubungi oleh Pn. Mahyon memaklumkan bahawa sekolah akan dilawati oleh Yang Teramat Mulia Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan. Wah! terujanya saya. Sesuatu yang di luar jangkaan. Beliau memaklumkan kepada saya bahawa YDP Besar Negeri sembilan akan singgah di sekolah kami untuk santapan tengahari selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Falah Tmn. Tunku Pn. Chik pada 12 Jun 2009 (Jumaat). Oleh itu saya pun ambil peluang bersama dengan beberapa kengkawan yang lain untuk membuat beberapa persediaan. Antaranya ialah Pn. Mahyon, Pn. Rusnah, Pn. Rahimah, Pn. Roditar, Pn. Hjh. Mazni, pembantu Pra sekolah dan pekerja sekolah dengan sokongan kuat dari Tn. Guru Besar dan barisan guru-guru Penolong Kanan SKTMS. Di samping itu kerjasama daripada beberapa agensi kerajaan yang lain seperti pihak Majlis Daerah, JBA dan Bomba serta pihak Polis Daerah Bahau juga telah melicinkan kerja-kerja persiapan tersebut. Memang ianya suatu kenangan yang tidak akan dilupakan di lipatan sejarah hidup saya sebagai seorang guru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan