Me, my family and my day

Me, my family and my day

ASSALAMULAIKUM

Photobucket
Voting


orkuters.com - Orkut Image Scraps!


orkuters.com - Orkut Image Scraps!
kenapa perasaan bersalah menggelumit diri? tidak salah untuk berasa bersalah. tetapi tidak salah juga untuk merasakan apa yang dirasai. saya rasa tidak adil. kerana saya rasa tidak diperlukan. kerana terdapat sesuatu ketika, saya amat diperlukan, dan sekelip mata, saya tidak diperlukan. mungkin si dia merasakan tidak mahu membebankan saya. mungkin. tetapi, apabila kita sudah jelaskan betapa akurnya kita terhadap cinta yang ditawarkan, terhadap kasih yang akan diberi, terhadap perhatian yang tidak akan berbelah bahagi, apabila disisihkan begitu sahaja, perasaan kecewa melemaskan fikiran. saya ingin merajuk. hati ini sudah berkali kali berkecai ke lantai, tetapi saya kutip, cantumkan dan tidak jemu menyayangi. adakah saya tidak diperlukan lagi? hanya si dia yang mampu memberi jawapan. tetapi si dia tidak nampak semua ini. baginya, ini tidak penting. saya kecil hati. perlukah saya memaklumkan bahawa saya merajuk, bahawa saya kecil hati? atau seorang diri, di malam yang sepi, saya biarkan perasaan ini memakan hati. kemudian. apabila hati kuat kembali. tunduklah tubuh mengutip serpihan hati yang berkecai. dicantumkan. dan kembali menyayangi. when you love someone, its not fair to be mad at that person for not showing that they care, because falling in love is your own responsibility, something you should know to take account of, nothing you should burden the one you love endlessly. Labels: bicara sang penglipulara


orkuters.com - Orkut Image Scraps!
Insya Allah Album : Munsyid : Maher Zain http://liriknasyid.com Everytime you feel like you cannot go on You feel so lost That your so alone All you is see is night And darkness all around You feel so helpless You can`t see which way to go Don`t despair and never loose hope Cause Allah is always by your side Insya Allah3x Insya Allah you`ll find your way Everytime you can make one more mistake You feel you can`t repent And that its way too late Your`re so confused,wrong decisions you have made Haunt your mind and your heart is full of shame Don`t despair and never loose hope Cause Allah is always by your side Insya Allah3x Insya Allah you`ll find your way Insya Allah3x Insya Allah you`ll find your way Turn to Allah He`s never far away Put your trust in Him Raise your hands and pray OOO Ya Allah Guide my steps don`t let me go astray You`re the only one that showed me the way, Showed me the way 2x Insya Allah3x Insya Allah we`ll find the way

24 November, 2009

Hari Anugerah Kecemerlangan 2009




Assalamulaikum. Salam sejahtera. Lama benar rasanya tak menjengah ke sini. Saya sebagai seorang wanita yang juga seorang yang berkerjaya, seorang ibu, juga seorang surirumah kadangkala dapat menjenguk kat sini sebulan sekali kira dah orait jugaklahkan.... Pejam celik pejam celik dan sampai ke penghujung tahun. Dah cuti sekolah dah pun. Tahun depan umur meningkat setahun lagi.. Pasrah seadanya.


Yang sebenarnya nak bercerita tentang Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah yang telah diadakan pada hari Rabu lepas (18.11.2009). Tak banyak sanyak gambar yang dapat dirakamkan. Hanyalah gambar-gambar anakanda yang Norhakimi yang menerima ijazah Prasekolahnya.



28 Ogos, 2009


RESEPI NI YANG MULO-MULO I BELAJAR DARI MY MOYHER IN-LAW AFTER MARRIED. SEHINGGA SEKARANG MENU INI MENJADI KEGEMARAN ANAKONDA-ANAKONDA I....TERIMA KASIH OMAK SOROMBAN...!


Sambal bilis tempoyak.


Bahan-bahan:

Potai yang telah dibuang kulitnya (2 papan cukup. kok banyak kang bebau lak toilet glamour kat umah tu kang)

Ikan bilis RM 2 - bersihkan

20 cili api -tumbuk

1 biji bawang besar tumbuk

1 ulas bawang putih -tumbuk

2 senduk tempoyak baru (ni yang paling ponting)- boleh didapati (di pasar Sabtu Kulo Pilah)

sedikit garam dan gula

Minyak masak Sunflower Seed Oil


Cara:

Goreng ikan bilis dan petai.

Satukan tempoya bersama bahan-bahan yang ditumbuk, gaul dan goreng.

Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Kacau selama 5-6 minit.

Tutup api.

Masukkan ikan bilis dan petai. Kacau.

Siap untuk hidangan berbuka puasa.



Yong Tau Foo

(Yang ni lagi sonang)


BOLI YO KAT BAZAR RAMADHAN BATU KIKIR. KAH..KAH..KIAH..!




UDANG TIGA RASA


Bahan-bahan:


12 ekor udang kertas - bersihkan tapi jangan buang ekor.

1 biji bawang besar -potong dadu

3 ulas bawang putih - hiris dadu ( halus)

1 inci halia dihiris

1 btg serai dititik

1/2 tin pineapple cube hiris kecil-kecil (dlm tin)

Tomato potong 4

Daun sup hiris halus

1 biji cili hijau dan 1 biji cili merah potong dadu

sos cili Thai, sos cili untuk tiga rasa ( cari kat Econsave)

Minyak Sunflowe seed oil (juga boleh dibeli kat Econsave)


Cara:

Goreng udang - ketepikan

Goreng bawang besar, bawang putih dan halia. Masukkan serai.

Apabila baunya telah memenuhi ruang rumah korang, masukkan pula segala jenis sos dan 2 jenis cili yang telah dipotong dadu. Kacau rata.

Masukkan 2 senduk air pineapple cube dan 1 sudu kecil garam.

Masukkan pineapple cube dan tomato. Kacau.

Apbila kuahnya dah agak pekat baru masukkan udang. Kacau.

Hias dengan daun sop. Siap untuk dimakan.....






Masak Jangan Tak Masak


AYAM MASAK KICAP (ALA-ALA JAWA)


Sesuai untuk yang menjaga kesihatan sbb resipi ni tak guna garam.


Bahan-bahan:


1/2 ekor ayam potong 6 (kalau jumlah ahli keluarga 6 orang)- Suruh Sahar potong.

1 sudu ketumbar

1/2 sudu jintan manis

1 inci halia (boleh guna pembaris untuk ukur)

1 batang serai (kok tak do kek umah mintak kat jiran sebolah he..he..he..he..)

3 biji bawang putih

1 biji bawang besar (hiris bulat-bulat)

bunga lawang

kayu manis

1 biji tomato belah 4

daun sup hiris halus

kicap

sos cili

minyak


Cara:

Bersihkan ayam, gaul kunyit dan goreng.

ketumbar, jintan, halia, serai dan bawang putih dikisar hingga halus.

Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan-bahan yang dikisar hingga menaikkan bulu roma (eh..Hingga naik aroma.!)

Masukkan bawang besar, kicap dan sos cili. Gaul rata.

Selepas 5 minit masukkan tomato.

Akhir sekali masukkan ayam.

Taburkan daun sup. Siap untuk dihidang. Mudahkan?

Puasa oh puasa.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Diam tak diam dah seminggu kita berpuasa. Rasanya lama saya tak updatekan blog ni. Kekangan masa(chewah).. Yelah konon nak struggle for PTK. Tak do mano ea doh... Sempena bulan yang mulia yang hanya hadir setahun sekali ni, inilah peluang untuk kita menambah pahala dengan memperbanyakkan amalan-amalan yang baik. Banyakkan beramal, tolong menolong (datang umah den tolong bersihkan umah leh tak? he..he..he..), kurang percakapan yang tidak mendatangkan faedah. Tapi kalau nak story tentang baju raya ke, kuih raya ke .. go on jelah...(Itu memang tanggungjawab org. pompuan kan...kan..kan.....?).
DUIT BANYAK MANAPUN BOLEH HABIS TAPI PAHALA YANG KITA DAPAT TAK AKAN HABIS SAMPAI AKHIRAT....

SELAMAT BERPUASA!

12 Ogos, 2009

MY FAMILY







Cerita H1N1


Salam persaudaraan. Baru balik dari mesyuarat H1N1. Nampaknya negara kita semakin kritikal dengan hari ni saja dah mencatat 42 kematian akibat virus durjana ini. Kesian diri kita, kesian keluarga kita, kesian anak-anak murid kita, dan kesian umat Islam seluruh dunia. Sebenaqnya wabak ni dah wujud sejak 1918 lagi dan telahpun mengorbankan berjuta nyawa. Tak caya tanyo guru bosar den......Demi umat Islam sejagat saya nak minta 3 orang Uztaz yang handsome kat sekolah saya ni pimpin doa jauhkan penyakit pada setiap hari sebelum kita semua memulakan P&P. Oraitlahkan... Itupun satu langkah menjauhkan wabak juga. Di samping tu berkuatkuasa sertamerta semua warga SKTMS akan memakai 'Mask' untuk mengelakkan penyebaran virus ketika kita batuk ataupun bersin. Semoga malapetaka ini akan segera berlalu seiring dengan kehadiran Ramadan yang mulia ini. InsyaAllah.....

05 Ogos, 2009

LAWATAN DIRAJA

Pada 10 Jun 2009 yang lalu SKTMS telah mengalami suatu kejutan yang tidak pernah kami impikan. Ketika itu saya sedang berada di Bandar Diraja Pahang iaitu bandar Pekan untuk menghabiskan sisa-sisa cuti sekolah bersama keluarga. Saya dihubungi oleh Pn. Mahyon memaklumkan bahawa sekolah akan dilawati oleh Yang Teramat Mulia Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan. Wah! terujanya saya. Sesuatu yang di luar jangkaan. Beliau memaklumkan kepada saya bahawa YDP Besar Negeri sembilan akan singgah di sekolah kami untuk santapan tengahari selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Falah Tmn. Tunku Pn. Chik pada 12 Jun 2009 (Jumaat). Oleh itu saya pun ambil peluang bersama dengan beberapa kengkawan yang lain untuk membuat beberapa persediaan. Antaranya ialah Pn. Mahyon, Pn. Rusnah, Pn. Rahimah, Pn. Roditar, Pn. Hjh. Mazni, pembantu Pra sekolah dan pekerja sekolah dengan sokongan kuat dari Tn. Guru Besar dan barisan guru-guru Penolong Kanan SKTMS. Di samping itu kerjasama daripada beberapa agensi kerajaan yang lain seperti pihak Majlis Daerah, JBA dan Bomba serta pihak Polis Daerah Bahau juga telah melicinkan kerja-kerja persiapan tersebut. Memang ianya suatu kenangan yang tidak akan dilupakan di lipatan sejarah hidup saya sebagai seorang guru.

30 Julai, 2009

Salam Perkenalan

Assalamualaikum semua, My friends,
Ustaz Hakimi &
Ustaz Ismail

Yang kat atas tadi tu cuma mukadimah saja. Itupun belum sempat dikemaskinikan lagi atas sebab kekangan masa. Almaklumlah masih dalam proses pembelajaran. Masih tak cekap lagi. Apapun bersyukur ke hadrat Ilahi kerana disebabkan Dialah maka terhasilnya blog ini. Taklah sehebat blog orang-orang muda. Walau apapun saya berbangga kerana telah memiliki dan dimiliki. Chewah...... !Terima ksih kepada kengkawan yang sentiasa memberi semangat dan dorongan. Dengan adanya blog seumpama ini bolehlah kita berkongsi pendapat, petua ataupun apa-apa resepi yang enak-enak. Almaklumlah dah dekat nak poso ni.

22 Julai, 2009


Bersama Tn. Hj. Kamarudin Ketua Nazir Negeri Sembilan

PENCAPAIAN UPSR 2008

Murid-murid cemerlang bergambar bersama guru-guru dan guru besar.
Pada tahun 2008 seramai 19 orang murid tahun 6 sekolah ini telah mendapat 5 A di dalam peperiksaan UPSR.

CARTA ORGANISASI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK. TUNKU MUDA SERTING






PENGERUSI : Tn. Hj. Mohmad Sabere b. Zakaria (Guru Besar)

NAIB-NAIB
PENGERUSI : En. Adnan b. Abdullah (GPK 1)
Pn. Hjh. Nafsiah bt. Said (GPK HEM)

En. Abd. Malek b. Mat Piah (GPK KO)


SETIAUSAHA: Pn. Aziah bt. Hj. Abu Samah (Guru Bimbingan dan Kaunseling)


NAIB

SETIAUSAHA: Pn. Siti Roditar bt. Abd. Wahab


BENDAHARI : Pn. Nor Rahimah bt. Dzyauddin (CC)


AJK :


Psikososial

Kesejahteraan Mental: En. Ismail b. Hussain


Pembangunan Murid : Pn. Rusnah bt. yusuf


Keibubapaan : Pn. Noridah bt. Abdr Rehiman


Kerjaya : Pn. Mazlina bt. Mansor


PRS :


Pendidikan dan

Pencegahan Dadah : En. Jamaludin b. Muahat

GURU BIMBINGAN


BIODATA


NAMA : PN. AZIAH BT. HJ. ABU SAMAH

TARIKH LAHIR : 13.06.........

UMUR : ALWAYS YOUNG......
ASAL : DEN ORANG REMBAU......PHEWIT.....

KELULUSAN : IJAZAH SARJANA MUDA SASTERA, UKM

BIDANG : PSIKOLOGI DAN KOMUNIKASI
UNIVERSITI : UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
STATUS : BERKAHWIN
ANAK : 4 ORANG LELAKI ( DIDOAKAN SEMUANYA AKAN JADI MUSLIM YANG BERIMAN.... AMIN)
PALING BEST : PERGI MELANCONG DAN SHOPPING ( TERAPI MINDA FOR ALL LADIES)
SLOGAN : SENYUM ADALAH PENAWAR..... HEH..HEH..HEH...

MISI DAN VISI

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKTMS

Selamat datang ke blog Unit bimbingan dan Kaunseling Sek. Keb. Tunku Muda Serting, Bahau. Terima kasih diucapkan kerana sudi melewati bolg Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini.
Tarikh : 22 Julai 2009 (Rabu)
Masa : 10.22 pagi
Tempat : PKG Bahau

BLOG UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKTMS