Voting
center>
click to create your own
click to create your own
kenapa perasaan bersalah menggelumit diri?
tidak salah untuk berasa bersalah. tetapi tidak salah juga untuk merasakan
apa yang dirasai.
saya rasa tidak adil.
kerana saya rasa tidak diperlukan.
kerana terdapat sesuatu ketika, saya amat diperlukan, dan sekelip mata,
saya tidak diperlukan.
mungkin si dia merasakan tidak mahu membebankan saya.
mungkin.
tetapi, apabila kita sudah jelaskan betapa akurnya kita terhadap cinta yang ditawarkan, terhadap kasih yang akan diberi, terhadap perhatian yang tidak akan berbelah bahagi, apabila disisihkan begitu sahaja, perasaan kecewa melemaskan fikiran.
saya ingin merajuk.
hati ini sudah berkali kali berkecai ke lantai, tetapi saya kutip, cantumkan dan tidak jemu menyayangi.
adakah saya tidak diperlukan lagi?
hanya si dia yang mampu memberi jawapan.
tetapi si dia tidak nampak semua ini. baginya, ini tidak penting.
saya kecil hati.
perlukah saya memaklumkan bahawa saya merajuk, bahawa saya kecil hati?
atau seorang diri, di malam yang sepi, saya biarkan perasaan ini memakan hati.
kemudian. apabila hati kuat kembali. tunduklah tubuh mengutip serpihan hati yang berkecai. dicantumkan. dan kembali menyayangi.
when you love someone, its not fair to be mad at that person for not showing that they care, because falling in love is your own responsibility, something you should know to take account of, nothing you should burden the one you love endlessly.
Labels: bicara sang penglipulara
Insya Allah
Album :
Munsyid : Maher Zain
http://liriknasyid.com
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way
05 Disember, 2010
04 Disember, 2010
LIRIK SEMUA LAGU | POPULAR LYRICS | VIDEO| Lirik Lagu Baru 2010: Lirik Lagu Billionaire - Travie McCoy Featuring Br...
LIRIK SEMUA LAGU | POPULAR LYRICS | VIDEO| Lirik Lagu Baru 2010: Lirik Lagu Billionaire - Travie McCoy Featuring Br...: "Lirik Lagu Travie McCoy Featuring Bruno Mars Billionaire MP3 nuffnang_bid = '4b172364116e31d006c6e1af15fe529f';
21 November, 2010
Berat mata memandang........


Ahad.... Aku berada di rumah adik iparku ...Hazura di Pantai Hill Park Kerinchi. Cuti sekolah pulak tu. Jadi aku mengambil kesempatan ini untuk aktif semula ber'blog'.
Sejak semalam aku dan keluarga berada di sini melawat bapa mertuaku yang mengidap penyakit kanser hati. Keadaannya sama seperti sebelumnya. Cuma badannya yang agak susut. Hanya perutnya yang membesar. Kudapati beliau seorang yang mempunyai semangat yang tinggi di dalam bertarung untuk melawan penyakit yang dihidapinya. Dia masih mempunyai keinginan untuk makan, tapi cuma berdaya menjamah sedikit makanan sahaja.
Bagi diriku ini tau-tau sajelah....penakut yang amat.....bukannya apa, kadang-kadang kalau terlalu 'emphathy' beginilah jadinya. Aku tak tergamak memandangnya untuk melalui hari-hari seterusnya di dalam kehidupannya.
Pagi tadi, semasa sedang bersarapan pagi dia memanggil ibu mertuaku ( ibu mertua tak boleh hilang walau seminit dari sisinya). Mengadu yang beliau sesak nafas. Akhirnya bapa mertuaku dikejarkan ke PPUM. Di dalam ambulan yang menemaninya ialah ibu mertuaku dan birasku..Zali. Zali merupakan orang yang begitu 'alert' terhadap dirinya. Walaupun dia hanya seorang menantu dalam keluarga itu. Sikapnya perlu dicontohi oleh menantu-menantu lelaki yang di luar sana tu..huhu...
Aku senantiasa berharap dan berdoa agar bapa mertuaku dipermudahkan segala urusannya dan dijauhkan daripada segala kesengsaraan yang berterusan kerana berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Kepada yang sihat, teruskan berdoa dan membaca ayat-ayat suci Al- Quran buatnya. Bagiku doa anak-anak dan keluarga akan banyak membantu bagi memudahkan segala urusannya. InsyaAllah....
20 November, 2010
Cuti sekolah datang lagi...
Semalam hari Jumaat. Merupakan hari terakhir sesi persekolahan sesi 2010. Gembira sungguh murid-murid sekolahku kerana cuti panjang sudah bermula. Guru-gurupun apa kurangnya.
Semalam juga kelihatan murid-murid tahun 6 sekolahku sibuk bergambar bersama guru-guru tahun 6. Jeles jugak aku. Tapi disebabkan kesibukan, aku menjeling juga dari jauh...Kalaulah aku tak banyak kerja huh tentulah aku orang yang pertama menyelit...dan terselit.....hehehe...
Dari kejauhan sayu juga hati sebab nak berpisah dengan murid-murid tahun 6 ni. Apakan daya dah dari azali lagi dah ditentukan setiap yang bertemu itu pasti akan berpisah. Namun patah tumbuh hilang berganti.
Didoakan kepada mereka agar pandai-pandailah menjaga diri apabila sudah menjejakkan kaki ke sekolah menengah nanti...Jaga diri, jaga sahsiah, tingkatkan keimanan kerana iman di dada itu melindungi diri daripada perbuatan yang mungkar..InsyaAllah. So selamat bercuti....Bye....
Semalam juga kelihatan murid-murid tahun 6 sekolahku sibuk bergambar bersama guru-guru tahun 6. Jeles jugak aku. Tapi disebabkan kesibukan, aku menjeling juga dari jauh...Kalaulah aku tak banyak kerja huh tentulah aku orang yang pertama menyelit...dan terselit.....hehehe...
Dari kejauhan sayu juga hati sebab nak berpisah dengan murid-murid tahun 6 ni. Apakan daya dah dari azali lagi dah ditentukan setiap yang bertemu itu pasti akan berpisah. Namun patah tumbuh hilang berganti.
Didoakan kepada mereka agar pandai-pandailah menjaga diri apabila sudah menjejakkan kaki ke sekolah menengah nanti...Jaga diri, jaga sahsiah, tingkatkan keimanan kerana iman di dada itu melindungi diri daripada perbuatan yang mungkar..InsyaAllah. So selamat bercuti....Bye....
18 November, 2010
Macam-macam


Assalamulaikum......sejak dah ada FB aku amat jarang sekali menjenguk ke sini. Sehinggakan beberapa kali aku sendiri gagal menjejaki Blog sendiri....MasyaAllah....Memang sentiasa sibuk dari awal tahun....Aku rumuskan sahaja secara ringkas program2 yg telah berjalan dgn lancar....
Sejak dari Januari 2010 beberapa program telah aku n krew2 kat sekolah berjaya lakukan....
Antaranya sebagai AJK Badan Kebajkan Guru dan Staf sekolah telah berjaya mengadakan Hari Kantin pada akhir bulan April. Hasil jualan kami gunakan untuk beberapa lagi program yang akan dijalankan iaitu Hari Guru, Hari Keluarga di Cherengin Convention Hill & Spa Resort dan akhir sekali Majlis makan Malam yang telah diadakan pada 15 November yang lalu...
Amat seronok sekali apabila semua perancangan menjadi kenyataan......dan yg paling seronok sekali bila berjaya mengandalaikan Hari keluarga di Janda Baik Pahang atas kerjasama Biro Lawatan Pn. Rusnah dan Ustaz Hakimi....Sejuk, nyaman dan damai.....bagi orang lain, saya tak tahulah pendapat mereka...Apa2 hal pun kita kena bersyukur sebab bukan senang nak uruskan kumpulan yang teramai ini.
Selain daripada aktiviti BKG sekolahku program kaunseling juga berjalan dengan lancar. Bermula dengan Program Orientasi Tahun 4 diikuti dengan Perjumpaan bersama Ibubapa Tahun 6. Program Motivasi th 6 bersama En Asri Kaunselor dari SMK bandar Seri Jempol.
Aku juga telah berjaya menjemput bekas anak muridku semasa aku mengajar di SK Pasir Besar, Gemas untuk memberikan suntikan semangat kepada murid th 6 sekolah ini. Mohd Nabil adalah bekas muridku yang telah berjaya melanjutkan pelajarannya di MCKK dan beroleh 9A di dalam SPM 2009 yang lalu...
Program Curahan Kasih juga telah berjaya membuktikan bahawa ibubapa perlu menyediakan ruang buat anak2 mereka terutama di dalam memberikan perhatian dan sudah tentunya kasih dan sayang.
Banyak lagi program yang telah dijalankan dan yang paling akhir sekali baru2 ini ialah Cermah Kemasukan ke sekolah menengah.....
Semoga apa yang aku telah sumbangkan kepada murid-muridku telah banyak memberi manfaat kepada mereka dan semoga mereka menjadi insan yang seimbang di dunia dan akhirat...InsyaAllah.....
Langgan:
Catatan (Atom)









